Sunday, September 25, 2016

KONSEP ASAS KAEDAH FIQAH YANG BERTETAPAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Assalammualaikum w.b.t






JABATAN                      : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
SESI                                : JUN 2016
NAMA                        KURSUS                        : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH   : EN SUFFIAN BIN  MOHD FABILAH
KELAS                           : DEE 2

KONSEP ASAS KAEDAH FIQAH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN


           

 NAMA PELAJAR:

1.   NURIN SYAFIQAH BINTI JAMIL                                                     (25DEE15F2002)
2.  NOR ZULAIKHA IWANI BINTI ABDUL RAHMAN                       (25DEE15F2003)
3.  AISYAH BINTI ARIFFIN                                                                      (25DEE15F2008)
4.  NUR FATIHAH BINTI ADI AZMIN                                                     (25DEE15F2012)



     1.      PENGHARGAAN                                                                                                        

2. SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN TUJUAN ATAU NIAT
2.1 Pengertian  niat                                                                                                
2.2 Jenis-jenis dan contoh niat                                                                                                          
3. KEYAKINAN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN SYAK                                                      
       3.1 Pengertian Kaedah Yakin, Syak, Zann dan Waham                
3.2 Pecahan-pecahan kaedah syak                                                                                                                 

    4.  KESIMPULAN
         RUJUKAN                                                                                                           



PENGHARGAAN

Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini . Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.
            Pertamanya kami tuntunkan ucapan Allhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada saya tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak mungkin kami mampu menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini saya tujukan juga buat kedua ibubapa kami yang sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan kami di sini. Mereka juga banyak menyokong kami dalam segi rohani untuk menghasilkan tugasan ini.
            Tidak lupa juga pensyarah kesayangan kami Ustaz Suffian bin Mohd Fabilah kerana dengan izin Allah, beliau sudi memberi tunjuk ajar kami walaupun kami menganggu waktu rehatnya memberi bantuan dari segi penyediaan buku rujukan dan sering mengingatkan kami sekiranya kami alpa dan menegur kami dengan berhemah. . Tak lupa juga Pn. Masuria beliau juga banyak memberi bantuan dari segi penyediaan blog. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.
            Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini buat kawan-kawan yang sanggup berkongsi ilmu,maklumat dan segala bentuk bantuan yang saya perlukan . Ketahuilah segala perkongsian anda amat kami hargai. Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam proses penyediaan blog kami ini secara sulit atau tidak. Kesudian anda semua amat kami hargai.

SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN TUJUAN ATAU NIAT

           Fiqh mempunyai kaitan yang rapat dengan Syariah. Sebagaimana ulama menggunakan kalimah Fiqh untuk mengetahui hukum-hukum syariah berbentuk amaliah atau praktikal, ia juga digunakan untuk hukum syariah itu sendiri.  Ahli bahasa menggunakan perkataan al-Fiqh sudut bahasa Arab dengan beberapa erti , antaranya ialah kefahaman mutlak serta kepintaran . Seterusnya, faham terhadap tujuan atau maksud bicara seseorang . Selain itu, menurut al-Raghib al-Asfahani dalam kitab: Gharib al-Quran,al-Fiqh sudut bererti : mengetahui sudut hakikat atau batin sesuatu serta menyampaikan kepada inipatinya. Di mana al-Quran telah menggunakan kalimah tersebut untuk pengertian kefahaman yang mendalam, antaranya sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“ Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham akan kata-kataku”
                                                                                                                       (Surah Taha 20:27)

Pengertian Fiqh dari segi istilah ialah sesuatu yang berkaitan dengan hukum-hukum Syariah Islam. Iaitu mengetahui hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan berbentuk praktikal menerusi dalil-dalilnya yang terperinci. Seterusnya  Ilmu berkaitan dengan hukum yang diperoleh menerusi ijtihad dan pendapat mujtahid serta ketetapan Allah, seperti ilmu yang menyentuh berkaitan pembunuhan yang diharamkan dan diwajibkan qisas .
Sebagai rumusan, Fiqh merupakan ibarat sekumpulan hukum  syariah yang menjelaskan tentang sifat yang terbentuk atau lahir daripada manusia . Semua hukum syarak wajib diikuti serta beriltizam dengannya. Jika diingkari , ia dikira sebagai sesuatu penderhakaan  dan akan mendapat balasan azab.
Terdapat  berberapa  kaedah asas yang terkandung dalam penulisan-penulisan fuqaha Islam mengenai penetapan kaedah fiqah dalam sesuatu hukum yang timbul. Setiap kaedah mempunyai maksud dan kegunaan yang tersendiri serta dijadikan sebagai sumber rujukan oleh para fuqaha, pengkaji serta ilmuan Islam. Antara kaedah asas tersebut adalah seperti, setiap sesuatu perkara itu bergantung kepada tujuan atau niat. Kaedah ‘Segala perkara bergantung kepada tujuannya’ bersumberkan kepada banyak dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Salah satunya ialah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya: “Segala amalan berdasarkan kepada niat, dan setiap orang memperoleh apa yang diniatkannya”. Hadis ini Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
Hadis ini membawa pengertian yang sangat besar dalam syariat Islam. Imam Bukhari berkata, “Tidak terdapat dalam khabar-khabar (hadis) Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam satu hadis yang lebih mencakupi, lebih mencukupi, dan lebih banyak faedah, daripada hadis ini”. Ramai imam salaf menjulang kedudukan hadis ini dan membuat rumusan bahawa ia adalah satu pertiga daripada ilmu. Antara yang mengatakan demikian ialah Syafie, Ahmad, Ibn Mahdiy, Ibn Al-Madiniy, Abu Daud, dan Al-Daraqutniy. Ketinggian taraf hadis ini secara tidak langsung menunjukkan kepentingan kaedah: “Segala perkara bergantung kepada tujuannya’. Ia juga mencakupi kebanyakan bab dan fasal dalam ilmu feqah.

 Maksud umum kaedah ini ialah: Segala perkara yang lahir dari seorang mukallaf samada dalam bentuk perbuatan atau pertuturan, maka hukum hakamnya ditentukan berdasarkan maksud dan tujuan dia melakukan atau menuturkannya. Jadi, niat dan maksud seseorang berperanan penting dalam menentukan suatu hukum.
Daripada kaedah ini, kita dapat bezakan antara perbuatan yang dilakukan dengan niat, dan perbuatan yang berlaku secara tidak sengaja atau tanpa niat. Hukumnya pun berbeza. Sebagai contoh, dua orang lelaki, A dan B telah melakukan perbuatan membunuh. A sengaja melakukan pembunuhan terhadap orang yang tidak bersalah, manakala B tidak ada niat langsung untuk membunuh, tetapi tersilap sehingga menyebabkan kematian orang lain. Dalam perundangan Islam, hukuman terhadap kedua-duanya A dan B adalah berbeza. Kerana A membunuh dengan niat, manakala B membunuh secara tidak sengaja.
Satu perbuatan yang sama tetapi dilakukan dengan tujuan yang berbeza, natijah yang terhasil juga akan berbeza bergantung kepada apa yang diniatkan. Contohnya orang yang berperang dalam barisan tentera Islam, jika bertujuan untuk meninggikan kalimah Allah, maka dia akan mendapat balasan yang baik. Manakala orang yang berperang kerana mahu menunjuk-nunjuk bahawa dia seorang yang berani dan pahlawan, akan mendapat balasan yang buruk. Berbeza balasan disebabkan berbeza tujuan.
Niat terbahagi kepada dua jenis;
i- Niat dalam amalan.
Niat dalam amalan berperanan untuk membezakan antara amalan ibadah dengan perlakuan bukan ibadah. Contohnya, seorang yang tidak makan dan minum pada waktu siang. Mungkin dia manahan lapar kerana melakukan diet, atau disebabkan tiada makanan, atau kerana berpuasa. Jadi dengan berniat puasa, dapat dipastikan bahawa perbuatan itu adalah ibadah.
Selain itu, niat juga berperanan membezakan antara ibadah-ibadah. Contohnya, seorang yang berpuasa mungkin tujuannya puasa sunat, atau puasa qadha, atau puasa kaffarah. Jenis puasanya dapat ditentukan melalui niat.
ii- Niat untuk apakah dilakukan amalan.
Maksud niat jenis ini ialah satu-satu perlakuan ibadah adakah dilakukan ikhlas kerana Allah Taala, ataupun dilakukan kerana tujuan lain? Niat inilah yang membezakan antara ikhlas, riyak, sum’ah, dan lain-lain.
Niat wadahnya ialah di dalam hati. Demikian menurut sekalian ulama Islam. Oleh itu, seseorang yang meniatkan di dalam hati, tanpa melafazkan dengan lidahnya, maka ia sudah memadai di sisi sekalian ulama.
Pengetahuan tentang niat dalam ibadah mesti dipelajari dan difahami secara betul. Kerana kefahaman yang silap tentang konsep niat kadang-kadang menyebabkan kepayahan dalam ibadah. Natijahnya, timbul penyakit waswas yang akan merosakkan ibadah. Benarlah kata-kata sesetengah ulama bahawa punca penyakit waswas ialah kejahilan dalam agama dan kebingungan dalam akal. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada kejahilan dalam agama.

Niat diperlukan bagi menentukan jenis perbuatan yang akan dilaksanakan sama ada wajib seperti nazar atau sunat seperti sedekah. Namun bagi amalan lain selain ibadat khusus, niat sangta diperlukan untuk menetukan kedudukan amlan tersebut, sebagai contoh:

1) Kajian, rekaan, inovasi, idea dan penyelidikan hendaklah atas tujuan yang baik dan menepati syarak. Contohnya menghasilkan telefon pintar yang boleh memudahkan dan membantu pekerjaan manusia.
2) Setiap perancangan dan pelaksanaan  bagi mencapai sesuatu matlamat hendaklah disusun dengan baik dan menepati syarak. Contohnya, sebarang ciptaan dan penghasilan yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan perlu mematuhi syarak serta mampu menjadikan kerja lebih tersusun dan efektif.
3) Mendahulukan sesuatu yang lebih penting daripada yang penting sebagaimana yang diminta untuk tujuan syariat. Contohnya,menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi perkara keutamaan dalam penghasilan kenderaan berbanding dengan tujuan mengaut keuntungan peribadi semata-mata .




KAEDAH KEDUA IALAH KEYAKINAN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN SYAK
1)  Maksud syak dari segi istilah

            Keraguan atau syak bermaksud sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. Apa yang telah tetap dan teguh itu tidak terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak kepadanya.

2)  Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Waham

     a. Yakin
            Menurut Al-Jawhari, yakin bermaksud suatu ilmu dan lenyapnya syak. Manakala Ibn Mansur berpendapat bahawa ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara. Abu al-Baqa’ bermaksud pegangan yang kukuh mantap dan tetap serta menepati kenyataan. Raghib al-Asfahani pula berpendapat tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman berserta tetap hukum. Yakin merupakan sifat yang lebih tinggi daripada makrifah, buktinya dikatakan ilmu al-yaqin dan tidak dikatakan makrifa al-yaqin. Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu yang menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil.

     b. Zann
            Menurut fahaman Al-Hamawiy, seseorang yang berada dan berhenti di antara dua yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat ditarjihkan salah satu antara keduanya Berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai tahap keyakinan dan ghalabah al-zan

     c. Syak
            Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara. Keraguan tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat. Syak tidak diterima dalam hukum fiqh

     d. Waham
            Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh. Selain itu, suatu bayangan atau lintasan pada hati atau diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan meleset atau salah dan tidak diterima dalam hukum fiqh.

3) Jenis syak
    a. keraguan yang lahir daripada atau sumber haram
    b. keraguan yang terbentuk daripada asal atau dasar yang harus
    c. keraguan yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya, sama ada haram atau harus


4) Pecahan daripada kaedah
    a. Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya
            Contonya ialah wanita yang ditalak rajie iaitu membuat pengakuan bahawa ia masih dalam keadaan suci dan iddah belum habis. Dibenarkan akuannya serta berhak mendapat nafkah daripada suaminya. Kerana asalnya kekal iddah hinggalah yakin iddah telah tamat.
Selain itu, Pasangan suami isteri yang telah hidup bersama bertelingkah. Di mana isteri membuat pengakuan suaminya tidak menunaikan tanggungjawab nafkah dan pakaian kepadanya. Pengakuan isteri itu yang diterima. Alasannya kerana asalnya nafkah tersebut adalah tanggungjawab suami dan ia belum diberikan

    b. Apa yang ada semenjak dahulu, dibiarkan atas kedahuluannya
            Contohnyaa seseorang mempunyai hak atau diberikan kebenaran menggunakan jalan di hadapan rumah orang lain semenjak dahulu kala, pemilik tanah tersebut tidak berhak menegahnya walaupun ia tidak mengetahui sejarah asal mulanya. Selain itu, seseorang yang dibenarkan mengairi sawahnya dengan menggunakan terusan yang ada dalam tanah orang lain yang telah berlaku semenjak sekian lama. Tuan tanah tidak berhak menegah pengairan walaupun ia tidak mengetahui asal mulanya

    c. Asalnya seseorang bebas daripada tanggungjawab
            Contohnya penjenayah yang melukakan seseorang mengatakan : `Itulah 1 kesan luka yang saya cederakan awak’. Namun mangsa mengatakan : `Awak cederakan saya pada 2 tempat’. Pengakuan yg diterima ialah kata2 penjenayah kerana asalnya ia bebas drp tanggungjawab

     d. Asalnya apa yang menjadi tumpuan iqrar ialah sesungguhnya saya beramal dengan keyakinan, menolak keraguan serta tidak mengambil yang berdasarkan kebiasaan atau dikuasai oleh dugaan
            Contohnya, seorang hakim telah membuat ikrar atau pengakuan tentang sesuatu. Sekiranya ikrar dalam keadaan memberi keputusan atau kehakiman ikrarnya diterima. Jika dalam keadaan orang biasa atau bercerita tentang perkara lalu, ia tidak diterima sebagai keputusan

     e. Asal segala sesuatu itu tiada
            Contohnya, seseorang telah mendakwa bahawa barang yang dibelinya ada kerosakan, sedangkan penjual menafikannya. Diterima pengakuan penjual, kerana asalnya kecacatan pada barang dijual tiada

      f. Apa yang ditetapkan berdasarkan masa atau semasa dihukum dengan kekalnya begitu, selagi tiada dalil menyalahinya
            Contohnya, seseorang yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sama ada hidup atau mati. Harta pemilikannya tidak dapat diwarisi sesuka hati. Kerana ia dikira masih hidup sebagaimana ia keluar dari rumah dahulu, sehinggalah ada bukti yang menunjukkan kematiannya

      g. Asal setiap yang berlaku diambil kira masa paling hampir
            contohnya, seseorang lelaki memukul perut wanita mengandung, kemudiannya wanita tersebut melahirkan anak dalam keadaan hidup dan sihat dalam jangkamasa tertentu. Tidak berapa lama kemudian, bayi itu meninggal dunia. Lelaki yang memukul perut wanita tersebut tidak dikenakan tanggungjawab, kerana kemungkinan bayi itu mati sebab lain

     h. Asal sesuatu adalah harus, hinggalah ada dalil menunjukkan pengharamannya
            Contohnya, suatu ketika Rasulullah saw melihat para sahabat di Madinah bersusah payah memanjat pokok kurma untuk mengahwinkan bunga kurma supaya buahnya lebih bermutu. Lantaran, Baginda menyarankan supaya mereka tidak perlu bersusah payah begitu. Namun ternyata jika bunga tamar tidak dikahwinkan menyebabkan buahnya kurang baik mutunya. Selepas peristiwa itu, Baginda menyerahkan urusan yang berkaitan keduniaan kepada umatnya. Hadis riwayat Anas bin Malik yang bermaksud `Kamu lebih mengetahui dalam hal yang berkaitan dengan urusan keduniaanmu’.


KESIMPULAN 

   Secara keseluruhannya, ilmu usul fiqh adalah ilmu yang menghuraikan tentang method yang dipakai oleh para imam mujtahid dalam menetapkan hukum syara dari nas. Berdasarkan di nas pula, mereka mengambil illah yang menjadi landasan hukum sertamencari masalah yang menjadi tujuan hukum syara yang dijelaskan dan disyaratkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Ilmu usul Fiqh juga bererti suatu kumpulan kaedah metodologi yang menjelaskan bagi seorang mujtahid bagaimana cara mengambil hukum dari dalil-dalil syarak. Kaedah ini, boleh bersifat lafziyyah seperti dalil suatu lafaz terhadap erti tertentu dan boleh bersifat ma'nawiyah seperti mengambil dan suatu illah dari nas serta cara yang paling tepat untuk penetapannya. Al Yaqinu la Yuzalu Bi al-Syak (keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan) memiliki dua kata dasar yang utama yakni al-Yaqin yang bererti pengetahuan dan tidak ada  keraguan didalamnya, sedangkan al-Syak boleh diertikan sesuatu yang mengelirukan. Sedangkan tingkat daya hati dalam menangkap sesuatu. Kaedah fiqah ini merupakan salah satu sumber yang menjadi cabang hukum dalam Islam. Terdapat lima kaedah asas fiqah, setiap kaedah dan cara tersebut mempunyai maksud yang tersendiri. Oleh itu, setiap perkara dinilai berdasarkan tujuan atau niat yang merujuk kepada tujuan sesuatu perkara yang dilaksanakan atas setiap hukum dan keyakinan tidak boleh dihalang dengan syak pula bermaksud perkara perkara yang diyakini berlaku tidak akan terbatal dengan sebarang keraguan yang datang. Justeru itu, pemakaian kaedah fiqah dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan juga haruslah didasari dengan kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu kaedah yang akan diguna pakai.


RUJUKAN


              Politeknik Malaysia (2015). Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.                               Melaka: Kementeriaan Pelajaran Malaysia.
              Abd Latif Bin Muda (2003). Pengantar Syariah Dan Teori Fiqh. Kuala Lumpur:          
                         Pustaka Salam Sdn Bhd
              Syikin yahya (31 Mac 2008), Syariah dan fiqh dalam islam. Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn. Bhd.
 Hj Zamihan Hj Mat Zin Al-Ghari (2008), Kaedah fiqh dan konsep asas kaedah fiqh.
http://suriaterang.blogspot.my/2008/02/kaedah-fiqh-keyakinan-tidak-dihilangkan.html.

Abu Umair bin Haji amir (2009), Segala Perkara Bergantung Kepada Tujuannya.
https://abuumair.com/2009/03/08/siri-kaedah-feqah-segala-perkara-bergantung-kepada-tujuannya/
              
          




No comments:

Post a Comment